1.PENGENALAN
Rajah 1,Logo Persatuan Francais Di Malaysia
Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, iaitu franco yang bermaksud kebebasan. Seseorang francaisi merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep dan pendekatan ini akhirnya diterima pakai di dalam sektor swasta dan komersial.
Akhirnya sistem francais menjadi popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran, yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang Megatrends, John Naisbitt, franchising is the single most successful marketing concept ever (sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya).
Dari sudut komersial definisi Francais adalah suatu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangkamasa yang ditentukan. Manakala dari sudut perundangan pula definisi Francais mengikut (Akta Francais,1998) Kontrak / Perjanjian secara nyata atau tersirat, lisan atau tertulis antara 2 orang atau lebih,Francaisor memberi francaisi hak untuk kendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor.
Francais dikatakan bermula di Eropah sebagai satu sistem perniagaan yang baru dan dikembangkan ke Amerika Syarikat pada 100 tahun dahulu. Sistem perniagaan francais dikatakan bermula pada tahun 1840an dijerman, ia bermula dengan seorang pembuat bir memberi hak menjual bir mereka kepada orang lain. Pada 1851 Syarikat Singer Sewing Mchine memberi hak mengedar mesin jahit mereka. Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais di awal 1900an dan seterusnya sistem perniagaan ini berkembang semakin pesat. Pada tahun 1880an francais monopoli untuk bekalan utiliti di Eropah dan pada tahun 1960an dan 1970an berkembang ke industri perhotelan dan makanan segera.
Senario francais ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, iaitu McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali. Lebih separuh daripada penduduk Amerika tinggal di sekitar 5 kilometer daripada Restoran McDonalds, dan sejak 40 tahun kebelakangan ini McDonalds telah mengambil 16 juta orang pekerja di mana akhir-akhir ini syarikat berkenaan telah mengatasi U.S Army di dalam melatih jumlah belia yang terbesar iaitu hampir 700,000 belia setiap tahun.
Restoran McDonalds dibuka di segenap cerok dunia. Melalui operasinya yang telah mencecah 100 buah negara di seluruh dunia. Syarikat McDonalds hanya menguruskan sendiri 15% daripada lebih 20,000 restorannya di seluruh dunia, dengan 85% selebihnya diuruskan oleh 4,500 francaisi dan rakan kongsi.
Selain itu juga , Kolonel Harlan Sanders mempelopori Kentucky Fried Chicken (KFC), diikuti oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti A&W, Pizza Hut, Burger King, Dominos Pizza, Kenny Rogers Roasters dan lain-lain.
Rajah 2,Jenis-jenis Perniagaan Francais Di Malaysia
Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia - Pembangunan Global, Persatuan Francais Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4 trilion!
Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia - Pembangunan Global, Persatuan Francais Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4 trilion!
Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pusat Sumber Sedunia - Pembangunan Global, Persatuan Francais Antarabangsa, terdapat lebih daripada 15,000 sistem francais di seluruh dunia dengan lebih 1 juta francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira AS$1.4 trilion!
2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL
Di Amerika Syarikat perkembangan pesat sistem francais bermula selepas Perang Dunia Ke-2, ia berkembang lantaran terdapat peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin popular terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan harga yang ditawarkan berpatutan dan mampu dirasai dan dimiliki oleh setiap peringkat masyarakat. Berdasarkan kajian terdahulu, didapati 35% daripada nilai jualan runcit di Amerika Syarikat adalah merupakan jualan yang dihasilkan menerusi rangkaian perniagaan francais.
Menerusi kajian tersebut juga didapati nilai jualan tahunan berjumlah AS$800 bilion telah terhasil daripada 2,200 syarikat francaisor dengan lebih 550,000 unit outlet di seluruh Negara Amerika Syarikat. Outlet-outlet ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 8 juta penduduk di negara tersebut.
Berdasarkan kajian Persekutuan Francais Eropah terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak kira-kira RM400 bilion. Manakala di Jepun pula, terdapat 890 sistem francais dengan lebih 190,000 francaisi denan nilai jualan kira-kira RM375 bilion setahun.
Sementara Australia mempunyai 747 sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira RM153 bilion. Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk, terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.
Singapura mempunyai bilangan sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet francais di seluruh negara tersebut. Sementara Lembaga Pembangunan Perdagangan Singapura pula aktif di dalam membawa syarikat francais tempatan ke pasaran antarabangsa.
3.0 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT MALAYSIA
Rajah 3,Gambarajah Awal Penubuhan Perniagaan Francais Di Malaysia.
Perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan.
Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an dan awal 80-an.
Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.
Daripada perspektif lain, penduduk negara ini juga telah mengamalkan konsep yang agak mirip sistem francais sejak sekian lama, iaitu sistem pawah. Sistem pawah ini selalunya digunakan di dalam pemberian hak mengusahakan tanah pertanian atau pun ternakan. Menerusi sistem ini, pemilik tanah pertanian mahu pun ternakan akan memberi hak kepada pengusaha untuk mengusahakan tanah pertanian atau memelihara binatang ternakan mereka.
Sebagai habuan, kedua-dua pihak akan menikmati bahagian masing-masing hasil perkongsian ini, berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama.Hubungan pawah ini selalunya tidak berasaskan apa-apa perjanjian bertulis, namun kadang-kadang berlanjutan sehingga beberapa generasi.
4.0 KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS
Industri francais merupakan satu industri yang berpotensi untuk menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Pada hari ini jika dilihat seluruh dunia, industri francais mencatatkan pertumbuhan positif walaupun sesetengah negara dilanda krisis ekonomi. Walaupun industri francais mempunyai potensi untuk menyumbang kepada ekonomi Negara. Usaha pembangunan industri francais di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran.
Oleh yang demikian, bagi memastikan pertumbuhan pesat industri francais Malaysia untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) untuk tempoh lima tahun dari 2012 hingga 2016. PIPFN ini menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais di Malaysia. Model Baru Ekonomi dan kejayaan Program Transformasi Ekonomi, adalah wajar untuk menggariskan langkah-langkah pembangunan industri francais yang mapan dan seterusnya meningkatkan sumbangan francais kepada kemajuan ekonomi nasional.
Selain itu juga, ia bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya saing, efisien dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. Pelaksanaan strategi ini mengambilkira faktor jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang serta garis masa bagi mempercepat dan menyusun rancangan pelaksanaan yang berkesan.
5.0 TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Rajah 4,Keratan Akhbar Kerajaan Menyokong Peningkatan Industri Francais
Berdasarkan Kajian Pemprofilan Francais 2010 (FPS 2010) telah dijalankan dalam tempoh enam bulan dari Februari 2010 hingga Julai 2010, meliputi semua 388 syarikat francais yang disenaraikan dalam Daftar Francais (ROF) di Malaysia.
Kajian ini menyebut, Industri Francais di Malaysia masih di peringkat pembangunan. Melalui kajiaan tersebut juga, telah disenarikan bidang pertumbuhan yang berpotensi untuk difrancaiskan, contohnya ialah sektor pendidikan, sektor berorientasikan perkhidmatan dan sektor pematuhan Islam. Melalui kajian ini ia menyatakan tahap pembangunan industri francais di Malaysia dan mengapa ianya masih di peringkat pembangunan. Antara puncanya ialah industri francais mengalami pertumbuhan yang perlahan walaupun wujud program pembangunan sejak lebih satu dekad. Walaupun demikian, industri francais memberi sumbangan positif kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sekali gus pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan Malayisa sangat komited menggalakkan usahawan tempatan khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk menceburkan diri dalam bidang francais. Namun, penyertaan dalam kalangan Bumiputera masih rendah. Tidak dinafikan penglibatan usahawan Bumiputera sebagai francaisi induk sememangnya masih berada di tahap yang rendah.
Setakat ini, hanya terdapat lebih kurang 20 peratus francaisi induk melibatkan usahawan Bumiputera, yang mana 80 peratus lagi merupakan usahawan bukan Bumiputera. Walaupun jumlahnya adalah sedikit tetapi ia semakin bertambah setiap tahun - Persatuan Francais Malaysia (MFA).
6.0 SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Di Malaysia telah ditubuhkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) peranan MFA sebagai salah satu badan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kepentingan francaisor dan francaisi. MFA memainkan peranan untuk mendidik masyarakat mengenai francais dan pada masa sama membantu mempromosikan serta membangunkan industri francais di negara ini.
Persatuan Francais Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk menyokong pelaksanaan program Kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan melalui francais. Pembentukan MFA sememangnya tepat pada masanya untuk menggalakkan pembangunan francais di Malaysia.
MFA akan bertindak sebagai pusat sumber untuk kedua-dua francaisor dan francaisi semasa dan bakal, dan juga untuk media dan orang ramai. Dengan penubuhan MFA, adalah diharapkan bahawa persekitaran yang kondusif untuk perkembangan francais di Malaysia boleh diwujudkan. MFA mempunyai formula unik komposisi keahliannya. Di bawah satu bumbung adalah francaisor, bakal francaisor, francaisi induk, bakal francaisi induk, agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, perunding francais, peguam, pembekal dan penjual francais.Untuk itu, setiap orang yang terlibat dan bakal terlibat dalam francais adalah tunduk kepada Kod MFA Etika A Kelakuan Profesional Pengamal Francais dan MFA menguatkuasakan kod ini tegas lagi sangat berminat. Melalui kerja-kerja jawatankuasa, MFA komited untuk meneruskan kemajuan francais di Malaysia dalam abad ke dua puluh satu selaras dengan Wawasan 2020.
Selain daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga memainkan peranan penting dalam membangunkan industri francais di Malaysia. KPDNKK telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) ini untuk menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais di Malaysia.
Objektif KPDNKK mewujudkan PIPFN adalah untuk menilai pembangunan industri francais berdasarkan petunjuk utama seperti penyertaan francaisor dan francaisi, sumbangan jualan francais kepada ekonomi dan sumbangan pekerjaan, mengkaji semula dasar, strategi dan program pembangunan semasa dan menentukan hala tuju industri francais negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020. Peranan lain KPDNKK dalam pembangunan francais ialah sebagai Pendaftaran perniagaan yang ingin berdaftar berpandu kepada sistem francais. Membangunkan industri francais Malaysia dan pengawalseliaan industri francais berasaskan penguatkuasaan Akta Francais 1998.
7.0 CABARAN / HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA.
7.1 Modal yang amat tinggi
Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti Yuran Francais. Yuran francais adalah satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Francaisi juga perlu membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai, Royalti Bulanan yang perlu dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan.
Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai badan bertindak untuk francais Malaysia, mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% dari jumlah jualan bulanan francaisi.
Selain itu, Yuran iklan yang dibayar digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan dan untuk menarik lebih ramai francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi tersebut. Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
7.2 Tidak memberi kebebasan kepada francaisi
Untuk menjaga keseramanan, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi. Kadang-kala, tindakan ini menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais :
7.2.1 Pemilihan Lokasi
Pemilihan Lokasi, Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.
7.2.2 Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan
Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform & sistem komputer.
7.2.3 Kawalan Penjualan Produk & Perkhidmatan
Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk ataupun perkhidmatan selain daripada francaisor. Ada juga kes dimana francaisor menghadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya membekalkan 10 helai sahaja. Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah dari francaisor tapi francaisor tidak memberi stok yang diminta.
7.2.4 Kawalan Menggendalikan Operasi Perniagaan
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah. Dicadangkan agar francaisi mencari francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea francaisi sendiri dan memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi perniagaan mereka.
7.2.5 Kawalan Ke Atas Hak Wilayah (Territorial Rights )
Kawalan ini untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat website sendiri.
7.3 Akta dan Peraturan
Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya. Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais tempatan.
Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah. Permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan. Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi. Jika semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais.
Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan. Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya. Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri.
7.4 Kontrak
Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun, oleh itu perlu memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5 tahun untuk mendapat semula modal pelaburan.
8.0 MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) untuk tempoh lima tahun dari 2012 hingga 2016. PIPFN ini menetapkan hala tuju strategik yang menyeluruh bagi industri francais di Malaysia.
PIPFN menetapkan visi dan misi industri francais untuk tempoh 10 tahun yang akan datang bagi hala tuju strategik yang menyeluruh untuk industri di Malaysia. Visi - Untuk menjadi dinamik dan teguh di dalam negeri dan menjadi pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah. Misi - Menyumbang ke arah agenda pembangunan ekonomi negara dan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi
Dengan wujudnya Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) industry francais di Malaysia mampu membangun walaupun terdapat cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi.
9.0 KESIMPULAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Cabaran dan Halangan yang terdapat didalam industri francais di Malaysia bukan satu pematah semangat untuk meningkatkan industri ini keperingkat yang paling atas. Walaupun industri ini masih diperingkat pembangunan di Malaysia iainya satu industri penting bagi meningkatkan pendapatan dan pembangunan Negara. Cadangan dan strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) boleh diguna sebagai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara melalui pelaksanaan pelan tindakan yang dicadangkan. Dengan membangunnya industri francais ia akan meningkankan lagi pendapatan Negara dan meningkatkan pembangunan Negara pada masa akan datang. Oleh itu sistem sokongan di dalam industri francais di Malaysia juga perlu diperluas bagi menjamin kemajuan industri francais Malaysia.
10.0 BAHAN RUJUKAN TENTANG INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
1.Pelan Induk Pembangunan FrancaisNasional KPDNKK
2.Jurnal Kesan Kegawatan Ekonomike atas perniagaan kecil : penemuan dalam perniagaan francais : Mohd. Hizam Hanafiah, and Zafir Mohamed Makhbul.
3.http://www.mfa.org.my/
4.http://www.sinarharian.com.my/bisnes/francais-kesedaran-bumiputera-masih-rendah-
5.http://www.kdnpkk.gov.my/
6.http://www.usahawan.com/perniagaan-francais/program-perniagaan-francais-
11.LAMPIRAN JURNAL BERKAITAN FRANCAIS DI MALAYSIA
D'BUNDLE SMILE
Monday, 11 April 2016
Saturday, 15 August 2015
D'BUNDLE SMILE beroperasi setiap hari (6.00pm-11.00pm) dari hari Isnin hingga Jumaat,dan hari Ahad (6.00am-1.00pm) di tapak tamu Kg.Air Kota Kinabalu,sila kunjungi beramai-ramai,pasti harga barang buat semua smakin "SMILE"....Harga kawan2.....Siapa cepat dia dapat...sila jangan malu-malu,harga boleh runding.just call and whatsapp 0195895211
Subscribe to:
Comments (Atom)




